Penulis kini dalam peringkat awal dan pra-kajian untuk melaksanakan satu projek penyelidikan dan kajian yang lebih terperinci mengenai tajuk "Asmara Maya Cinta Siber" dengan lebih secara akedemik.
Untuk maklumat, penulis adalah seorang Wartawan dengan sebuah agensi berita dan tercetus idea untuk melaksanakan projek kajian ini setelah kerapkali terlibat dengan aktiviti berchatting di dalam Internet.
Setelah membabitkan diri, penulis rasa ada sesuatu yang perlu diberi perhatian serta komitmen yang sepenuhnya dan ini memerlukan bentuk kaji selidik yang menyeluruh bagi mengumpul maklumat-maklumat yang tepat untuk kita tangani bersama.
Penulis bercadang menerbitkan satu laporan kaji selidik ataupun sebuah buku mengenainya setelah dapat mengumpul maklumat dan data-data yang diingini secara menyeluruh.
Apa yang dapat nyatakan pada peringkat awal ini, penulis dapati terdapat golongan professional seperti guru, jurutera, pensyarah dan juga akitek yang terbabit dengan aktiviti seks di dalam maya (siber) dan tidak kurang juga kalangan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang terlibat dengan aktiviti asmara dan cinta melalui chatting secara serius.
Untuk mendapat dan mengumpul maklumat secara nyata dan terperinci penulis terpaksa mangambil masa dan perlu melakukan kaedah penyiasatan dan penyamaran untuk kajian ini.
Justeru itu penulis memerlukan sebarang bentuk kerjasama dari mana-mana pihak bagi tujuan membantu dan mendorong untuk melicinkan dan melancarkan lagi perjalanan projek kajian ini.
Antara bentuk kerjasama yang diperlukan ialah seperti mendapatkan kepakaran teknikal dan khidmat nasihat secara akedemik mengenai pendekatan terhadap projek kajian ini.
Penulis juga tidak mampu untuk melaksanakan projek kajian ini secara berterusan tanpa bantuan dari mana-mana pihak kerana memerlukan kos yang tinggi untuk melayari Internet, membuat panggilan telefon dan perjalanan yang berkaitan dengan projek kajian ini.
Sokongan dalam bentuk material juga amat diperlukan bagi memudahkan lagi penulis melaksanakan tugas-tugas harian projek seperti ini.
Penulis juga mengalu-alukan projek kajian ini dilaksanakan secara usahasama dengan mana-mana pihak, pertubuhan, syarikat mahupun individu.
Bab-bab yang terdapat dalam Laman Web "Asmara Maya Cinta Siber" ini adalah antara isi kandungan yang mungkin diterbitkan dalam bentuk buku jika mendapat kerjasama dari mana-mana pihak.
Diharap mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari mana-mana pihak untuk sama-sama turut menjayakan projek kajian ini.
Sekian. Terima kasih.
Matt Nazriee Hassan, BKM.